Tuesday, February 20, 2007

Hari Valentine Bukan Pesta Main Seks

Komen ini adalah berdasarkan satu artikel di Malaysia Today yang bertajuk "Muslim authorities decry Valentine's Day celebrations in Malaysia, Brunei".

Diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, ia berbunyi "Ketua-ketua agama Islam membantah sambutan Hari Valentine di Malaysia dan Brunei".

Ketua-ketua agama Islam berpendapat bahawa perayaan ini akan menggalakkan orang-orang Islam berkelakuan sumbang dan tidak senonoh. Sehubungan dengan itu, ada juga ketua yang mengatakan Muslimin dan Muslimat langsung TIDAK BOLEH menyambut perayaan ini.

Sememangnya, seorang blogger telah memberi komen yang bersifat hasutan. Saya berfikiran logik yang diketengahkan untuk membantah sambutan Hari Valentine ini adalah tidak betul dan wajar walau di sudut agama Islam.

Berikut merupakan apa yang telah saya tulis di
http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=2437
____________________________________

hantu suci wrote:

"apa la ada dengan valentine ni. . memang tak salah pun bagi org kristian berzina. .dah ajaran bible dia macam tu,jgn lupa bawa pastor korang sambut skali k, mana la tau nafsu seks dia berubah."


SOALAN: Adakah ajaran Islam suruh orang berfikiran begitu? Tidak menghormati penganut agama yang lain?
____________________________________

hantu suci wrote:
"daripada sambut valentine's day ni bagus sambut pesta jesus kena bunuh. . ok apa"


SOALAN: Jesus ataupun Isa adalah dianggap sebagai NABI dalam konteks Al-Quran (Islam).

Adakah ajaran Islam menyuruh umatnya merayakan PEMBUNUHAN, terutamanya NABI ISLAM sendiri?

Rupa-rupanya orang Islam Sesat (macam "hantu suci") yang tak sambut Valentine hatinya lebih jahat daripada orang Islam yang sambut Valentine.

Perayaan PEMBUNUHAN kau sokong tapi Perayaan PENGHARGAAN kau tak sokong. Sesatlah tu. Saya harap kau ni bukan dari Golongan HadHari.

Maklumlah takde orang bagi hadiah pada dia waktu Valentine. Bagi alamat, nanti aku kirim. Kesian engkau.
____________________________________

Valentine's Day bukan pesta untuk main seks, tuan-tuan dan puan-puan.

Valentine's Day ialah hari untuk kita menghargai cinta kita terhadap ibu bapa, kekasih, kawan atau cikgu kita.

Adakah Islam menghalang kita merakamkan penghargaan kepada orang yang menolong dan mendidik kita?

Adakah Islam kata kita tak boleh bagi hadiah dan belanja kekasih, ibu bapa kita makan? Tidak bukan?

Setahu saya, Islam kata kita patut menghargai orang yang berbudi pada kita. Perayaan ini pula tidak berkenaan dengan penyembahan mana-mana Tuhan. Walaupun Saint Valentine seorang Kristian, tetapi adakah hari Valentine dicipta untuk menyembah Kristian/Jesus/Isa? Tidak.

Hari Valentine dinamakan sedemikian kerana orang yang memberi idea ini bernama Valentine. Macamlah kereta Ford dinamakan berdasarkan nama penciptanya Henry Ford. Takkan itu pun salah?

Macam Hari Kemerdekaan, ia tidak berkaitan dengan agama tetapi ia adalah satu perayaan untuk mengenang askar-askar yang terkoban demi mencapai kemerdekaan.

Kalau kita nak halang Valentine, maka Hari Kemerdekaan pun kita kena halang? Harijadi Kekasih, Ibubapa semua pun kita halang? Fikirkanlah sejenak...

Tiada unsur seks yang dilibatkan oleh Saint Valentine dalam konteks perayaan ini. Yang melibatkan seks itu bukan kerana perayaan, tetapi hanya mengambil kesempatan, itu pun kerana penganjur (manusia) itu sendiri.

Kalau anda orang Islam yang sejati, sekadar beri hadiah ataupun mengucapkan terima kasih, saya berasa tiada apa yang tidak betul.

Yang penting kamu sendiri tidak pergi berzina, itu saje. Jangan salahkan perayaan kalau penganut agama pergi berzina. Perayaan Valentine bukan pesta Main Seks. Salahkan orang yang berzina itu sendiri. Kalau anda sendiri yang berzina, salahkan sendiri.

Bukankah Islam kata kita patut mengawal nafsu kita sendiri?

P.S. PAKAILAH OTAK, KALAU AKU NAK BERZINA, TAK PAYAH NAK TUNGGU SAMPAI VALENTINE.

HARI RAYA DAN MAAL HIJRAH PUN AKU BOLEH BERZINA.

HARI BIASA AKU PUN BOLEH BERZINA.

Inilah masalahnya, sebab ketua-ketua agama kat Malaysia dengan Brunei tak pakai otak .... Sesatlah umat Islam ....

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kepada sesiapa yang berkenaan, Bagi isu yang dibincangkan dlm forum ni, sebenarnya kita kena balik pada diri kita, adakah tanngungjawab yang diwajibkan sebagai umat islam telah kita sempurnakan sepenuhnya? Tidak salah utk menyambut mana2 perayaan asalkan ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama dan atas tujuan apa ia di laksanakan...

Saudara perlu tahu apakah sejarah yg berlaku sehingga hari valentine's day disambut pada tarikh tersebut setiap tahun.

Kajilah peristiwa tersebut dan bagi saya sebagai umat islam, memang tidak patut menyambutnya sedangkan kalau kita nak menghargai kehadiran seseorang, tak perlu tunggu hari valentine's day, setiap hari kita boleh buat tu menunjukan kasih sayang terhadap individu.

saya amat tegas dengan sambutan tersebut dan menyarankan agar saudara yang beragama islam juga tidak menyambutnya disebabkan sejarah berlakunya hari tersebut kerana seoarang paderi yang menunjukkan kasih sayangnya pada kekasihnya.

carilah alternatif lain utk menghargai org yg kita sayangi dan janganlah tunggu atau tumpang sekaki pada hari valentine's day untuk berbuat demikian.

Ada banyak peristiwa dan sejarah islam dan contoh2 mahupun teladan untuk kita ikuti.

semoga saudara yang membaca dapat rahmat dari ilahi...