Tuesday, March 20, 2007

Hadhari Malaysia: Aku Keliru! Banyaknya Jenis Islam

Petikan di bawah adalah komen aku berkenaan dengan artikel "Abdullah bidas pihak perolok Islam Hadhari" di Malaysia Today .

Sagaladoola berkata:
Adakah perkataan "Hadhari" ada dalam Qur'an? Fikirkanlah sejenak."

gaya berkata:
Biarlah bersikap adil sikit, janganlah kalau sesuatu tu menguntungkan walaupun tak ada dalam al-quran ia jadi halal, manakala sebaliknya ia jadi haram pula.

KOMEN:

Islam sendiri sudah cukup untuk memenuhi apa yang dinyatakan dalam Hadhari termasuk yang menguntungkan dari segi akhlak.

Saya tidak lihat apa-apa yang menguntungkan dalam Hadhari, selain dari menjadikan satu mazhab baru yang mengelirukan orang-orang Islam tentang ajaran sebenar agama Islam. Dengan pengeliruan ini, orang-orang Islam akan berpecah-belah kerana pemahaman yang berbeza.

Saya berharap lain kali tidak akan ada perpisahan di antara kumpulan Hadhari dengan kumpulan bukan-Hadhari dalam Islam pada masa hadapan. Macam mana pula kalau satu hari nanti, dilantik pula Perdana Menteri yang baru yang ingin menerapkan Islam bentuk dia.

Andai kata PM baru tubuhkan nama Islam bernama "TulinBetul". Setiap kali Bah, setiap kali Pasir berubah. Fikirkanlah apa akan terjadi kalau setiap kali Perdana Menteri ditukar, ditambah dengan nama Islam yang berbeza.

Fikirkanlah hakikatnya. Bukankah ummah dan yang bukan Islam akan keliru kalau dibuat sedemikian? Bagaimana orang bukan Islam hendak faham ajaran agama dan menerimanya dengan berbagai-bagai jenis nama Islam?

Mengapa nak bagi nama baru bagi Islam? Islam itu Islam. Islam hanya satu. Ajaran Islam sebenarnya bukan ganas tetapi segelintir orang yang tidak baik memutarbelitkan ajaran dan menjadikannya ganas untuk kepentingan diri sendiri.

Adakah penubuhan ini bermaksud Hadhari itu melegakan keganasan yang terterap dalam Islam? Apakah yang cuba diketengahkan? Perlukah kita berbuat sedemikian rupa?

Sememangnya, apa yang sepatutnya dibuat ialah mengajar anak-anak dan memberitahu kawan-kawan yang Islam itu bukan ganas sebagaimana yang terterap dalam Qur'an. Itu saje. Jangan tambah mazhab, nama atau pengeliruan. Ummah patut bersatu. Yang bukan Islam patut diberi kemudahan untuk pemahaman.

Pada pandangan saya, penubuhan Hadhari ini, menambahkan pengeliruan dan TIDAK MENGUNTUNGKAN. Noktah. Itu saje.

Sekian...

2 comments:

Anonymous said...

And why not hadhari by badawi? In Christianity, there are catholism, protestantism, methodism, orthodoxism, jehovah witnesses and the like. After all, variety is the spice of life.

Anonymous said...

The various sects in Christianity proves that having more and more mazhab is confusing.

Therefore we should not do such a thing to Islam