Wednesday, August 29, 2007

Mengapa "Sekolah Jenis Kebangsaan" Masih Wujud?

Blogger "Another Brick in the Wall" telas menulis artikel di Malaysia Today: Around The Blogs berkenaan pengekalan penggunaan Bahasa Mandarin dan sekolah Cina.

Katanya:
" Perhimpunan Agung MCA Kebangsaan ke 44 baru-baru ini mengemukakan 12 resolusi yang mana separuh darinya melibatkan isu pendidikkan. Salah satu dari isu-isu itu menuntut pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Cina dalam bahasa Mandarin. Dari sebelum Merdeka, sekolah Cina adalah modal politik yang tidak habis-habis dijaja oleh kesemua parti politik Cina - MCA, Gerakan dan DAP. Niat tuntutan ini jelas untuk mengekalkan identiti Sekolah Cina tetapi implikasi tuntutan ini melebihi itu. "

Blogger tersebut turut membangkitkan isu penggunaan Bahasa Mandarin dalam konteks perniagaan dan diskriminasi terhadap orang Melayu sebagai kesannya. Disoal juga mengapa Sekolah Cina patut dikekalkan walaupun ia adalah "legasi kaum pendatang" sedangkan kaum Cina patut berintegrasi dengan masyarakat Malaysia umumnya.

Penulisan ini juga boleh dibaca di halaman blogger tersebut. Tajuknya Disebalik Tuntutan Bahasa Mandarin Pemuda MCA

Merujuk kepada artikel di atas, penulis ini (Sagaladoola) telah membuat analisis dan inilah hasilnya:
__________________________________________

MENGAPA "JENIS KEBANGSAAN" MASIH WUJUD? : ANALISIS

Sememangnya ada sedikit kebenaran dalam pandangan "Another Brick in the Wall". Namun begitu, harus juga diberi perhatian kepada beberapa ciri-ciri kegagalan kerajaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan di Malaysia.
__________________________________________

ANALISIS 1: DASAR YANG BAIK MUNGKIN MENJADI DASAR TIDAK BAIK

1) Sememangnya idea Sekolah Wawasan yang diketengahkan adalah bagus.

Namun disebabkan kecurigaan dari segi pandangan kaum bukan-Melayu kerana tindakan sesetengah pemimpin di parti politik Utama Malaysia, tidak dapat dilaksanakan.

Kebanyakan kaum bukan-Melayu kini berasa tidak yakin terhadap tindakan kerajaan. Ini adalah kerana banyak laungan berdasarkan arus perkauman seperti "Ketuanan Melayu" diikuti dengan penggunaan keris dan kata-kata "bermandikan darah".

Menteri yang menggunakan keris bersertakan lolongan ialah Menteri Pendidikan sekarang !

Dakwaan ini bukannya tidak berasas. Sesetengah pemimpin Melayu suka menggunakan isu perkauman atau mengeluarkan buku 13 Mei dalam mesyuarat untuk menaikkan nama mereka dalam arena politik. Tindakan ini seakan-akan sudah menjadi satu budaya yang tidak sihat, namun masih diteruskan.

Saudara "Another Brick in the Wall", fikirkanlah kalau anda dilahirkan orang Cina diletakkan dalam keadaan tersebut, adakah anda masih ada keyakinan terhadap kepimipinan sebegitu. Adakah anda yakin untuk menutup sekolah jenis kebangsaan dan memberi kuasa pentadbiran kepada pemimpin sebegini?

2) Orang Cina khuatir, jikalau mereka membenarkan dasar pendidikan mereka dikawal oleh orang sedemikian, mereka takut kemungkinan didiskriminasikan dari segi permakahan dan sebagainya. Ini bukannya tidak berasas, tetapi kalau dilihat secara teliti, kebanyakan polisi yang diimplementasi mempunyai dasar-dasar yang tidak sama rata.

Seperti contoh, DEB yang pada mulanya baik dan disokong oleh kaum bukan-Melayu, dipusing-pusingkan sehingga ia menjadi alat yang menyusahkan.

Mangsa yang paling ketara adalah kaum bukan-Melayu kerana duit untuk menjana DEB datang dari titik peluh mereka. Majoriti duit cukai pendapatan datang dari kaum bukan-Melayu. Dengan berbanyak-banyak "bail-out", mereka sudah hilang keyakinan.

Fikirkanlah apa reaksi mereka kalau diberitahu pengurusan yang sama akan membuat polisi untuk Sekolah Wawasan?

ANALISIS 2: PENGURUSAN YANG LEMAH

3) Lihatlah keadaan Sekolah Kebangsaan kini. Kualiti turun mendadak sejak pengenalan KBSR / KBSM. Sekolah Jenis Kebangsaan hanya mengalami masalah dari segi penguasaaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Ada sesetengah pihak yang suka membandingkan kualiti sekolah kebangsaan Malaysia dengan sekolah di benua Afrika.

Semua orang tahu bahawa kebanyakan negara Afrika adalah mundur.

Pendidikan membentuk masa hadapan anak-anak. Adakah anda akan berasa yakin meletakkan masa depan anak-anak anda kepada pengurusan sebegitu?
__________________________________________

ANALISIS 3: BIRO TATANEGARA

4) Terdapat unsur-unsur negatif yang diterapkan dalam isikandungan pendidikan. Ini menambah kepada dasar tidak yakin kaum bukan-Melayu terhadap menyerahkan seratus-peratus pengendalian pendidikan kepada kerajaan.

Link 1: Biro Tatanegara Spread Racist Teaching (Biro Tatanegara sebarkan ajaran negatif perkauman)
Link 2: Biro Tatanegara sebarkan ajaran, pemikiran yang melampau?
__________________________________________

Ini adalah antara sebab utama mengapa kaum bukan-Melayu ingin meneruskan sistem pendidikan jenis kebangsaan. Penulis merasakan pendirian ini tidak akan bertukar sehinggalah politik pemerintahan berteraskan laungan politik perkauman dimansuh atau dihapuskan.

Sila jangan lihat penulisan ini sebagai satu sindiran. Sekiranya, keadaan di atas boleh diperbaiki, maka, keyakinan kaum bukan-Melayu akan bertambah untuk merealisasikan Sekolah Wawasan.

Namun begitu, penulis ini bersetuju bahawa kriteria "Mandarin is required" (Bahasa Mandarin diperlukan) untuk kemasukan ke syarikat swasta tidak sepatutnya berlaku. Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Melayu. Orang Cina sepatutnya menghormati pendirian ini sebagaimana termaktub dalak konteks "kontrak sosial".

Orang Melayu pula patut melupuskan kriteria "Bumiputras only can apply" (Pekerjaan untuk bumiputra sahaja) terutamanya di syarikat GLC dan sektor kerajaan.
__________________________________________

Adalah tidak adil jika dikatakan Sekolah Jenis Kebangsaan dikatakan mengajar perkara yang tidak baik untuk perpaduan negara. Seorang penulis berbangsa Melayu berpendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) mengutus surat kepada Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com) bersubjekkan "Terima kasih, sekolah Cina!". Penulis bernama Ngo Yian Jee pula dalam surat yang lain menyatakan yang berikut:

" Jika dikaji dari silabus mata pelajaran SRJK(C), boleh didapati bahawa unsur-unsur perpaduan awal-awal lagi telah ditekankan dalam semua aspek dari segi permahaman, saling menghormati antara kaum hinggalah ke seni budaya dan adat-istiadat pelbagai kaum.

Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara juga diberi pernekanan yang secukupnya supaya semua pelajar akan faham, fasih, malah menghayati kecantikan Bahasa Malaysia.

Tengok, bukankah sebagai seorang warga negara yang berbangsa Cina, saya, boleh menulis dalam Bahasa Malaysia dengan begitu lancar sekali? Walaupun tidak sebaik mana, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyampaikan segala yang ingin disampaikan.

Jika khuatir, pergilah tanya mana-mana murid sekolah SRJK(C), manakah tanahairmu? Jawabnya pasti Malaysia. Siapakah Bapa Kemerdekaan negara? Jawabnya pasti Tunku Abdul Rahman.

Tiada seorang pun murid SRJK(C) yang tidak tahu nyanyi lagu ‘Negaraku’ kerana seperti di sekolah kebangsaan, ‘Negaraku’ dinyanyikan setiap kali perhimpunan diadakan. "

9 comments:

Silent Me Not AUthor 1 said...

very interesting point of view, but sadly what can we do?

As a Malaysian Chinese, i can tell you, i would have vouched for a national school policy myself, BUT what is there to say that the national schools won't discrimate chinese (as they are at the moment).

So, kudos to you.

how do we get out of this hole? i wonder myself.

Hamzah said...

Setuju utk membina satu jenis sekolah aje iaitu sekolah kebangsaan dalam BM tapi setuju tak Melayu utk berhentikan sekolah agama kalau Cina setuju berhemtikan sekolah cina dan India setuju berhentikan sekolah tamil?

Azaraf said...

It's a double-edged sword.

You know it's a fact that many Malay and Indian parents are now sending their kids to Chinese schools!

Why? Because in *most* cases, the quality of education and teaching is better, not to mention the usefulness of the Chinese language in this era of China's emergence.

Government school teachers couldn't care less if your child studies or not. Even better if they perform poorly, then they can give tuition!

Also, when racist elements like the person who try to remove other races' contributions to the nation in favor of just one race is scaring everyone. For example, why must roads be renamed to Malay names? It's always stressed that we are a multi-racial melting pot, so why can't have a Chinese or Indian or Caucasian road name? If the name has "Road" in it, then of course change it to "Jalan", since Malay is the national language. But why remove the names of people who have contributed to the country?

Is this not racist and xenophobic and petty and scaring other races?

In her column to the Star, Xandra Ooi expressed disappointment that an exhibition relating to Yap Kwan Seng in a museum was removed!

In history textbooks, it always talks more about the Malay sultanate. But don't forget, Hindus, Buddhists and other empires (Majapahit etc) were here in Malaya BEFORE the emergence of the Malay sultans.

daffodils said...

Wow, you write well in Bahasa Melayu. I am impressed! That just goes to show that learning languages does not recognise colours. It cuts across barriers. Learning an extra language is always an asset. One can go places, far and wide. A Malay or an Indian who can speaks Chinese and the other way round can blend well with each other. So wonderful if we can speak each others languages. There will be no more distrust or suspicion of each others intentions or motives. But I still hold on to the belief that with globalisation in this borderless world the teaching of Mathematics and Science have to be done in the English Language. Look at the amount of information that one can access thru internet in the English Language. Anyway I speak Mandarin reasonably well though I am not able to read Chinese.

Anonymous said...

How Things Work In Real Life

Start with a cage containing five monkeys. Inside the cage, hang a banana on a string and place a set of stairs under it. Before long, a monkey will go to the stairs and start to climb towards the banana. As soon as he touches the stairs, spray all of the other monkeys with cold water.

After a while, another monkey makes an attempt with the same result all the other monkeys are sprayed with cold water. Pretty soon, when another monkey tries to climb the stairs, the other monkeys will try to prevent it.

Now, put away the cold water. Remove one monkey from the cage and replace it with a new one. The new monkey sees the banana and wants to climb the stairs. To his surprise and horror, all of the other monkeys attack him. After another attempt and attack, he knows that if he tries to climb the stairs, he will be assaulted.

Next, remove another of the original five monkeys and replace it with a new one. The newcomer goes to the stairs and is attacked. The previous newcomer takes part in the punishment with enthusiasm! Likewise, replace a third original monkey with a new one, then a fourth, then the fifth. Every time the newest monkey takes to the stairs, he is attacked.

Most of the monkeys that are beating him have no idea why they were not permitted to climb the stairs or why they are participating in the beating of the newest monkey.

After replacing all the original monkeys, none of the remaining monkeys have ever been sprayed with cold water. Nevertheless, no monkey ever again approaches the stairs to try for the banana. Why not? Because as far as they know that's the way it's always been done around here.

And that, my friends, is how a company policy begins.

Hamizi said...

sagaladoola,

i salute you for being moderate in your posting rather go into extreme when you have the chance to do so...

actually, i agree with this post especially about how can chinese people belief on 'sekolah kebangsaan' system since the education minister waving the keris...

having said that, kindly give more of your honest opinion (chinese point of view), so we can understand each other...

eenx said...

Wow, is it true ?

Anonymous said...

Rakyat negara ini perlu diperjelaskan akan makna warga negara dalam erti kata sebenarnya serta menghayatinya. Ciri-ciri warga negara telah jelas seperti dalam perlembagaan. Ia merentasi kekauman/chauvinis. Misalnya bahasa kebangsaan bahasa Melayu, manakala orang Melayu mempunyai haknya yang tertentu. Rakyat tidak boleh pertikaikan lagi. Kalau nak dipertikaikan ' jus soli' pun boleh juga dipertikaikan. Bahasa kebangsaan adalah bahasa rakyat negara - warga negara dan identiti bangsa negara ini. Jadi, bahasa kebangsaan merupakan bahasa kita semua - mengapa pula melebih-lebihkan bahasa kaum tertentu. Ini juga bermakna mentaliti kita telah menjangkau ke tahap nasional dan internasional. Macam mana kita nak capai tahap nasional andai mentaliti kita masih terkial-kial di tahap kekauman yang totok. Yang diutamakan identiti kita di persada dunia perlu jelas dan nyata. Buanglah sikap dan tabiat yang mengetepikan nilai kebangsaan/nasional/negara berbanding perkauman/chauvinis. Negara ini bertuankan Melayu, memperjuangkan Melayu adalah wajar, manakala bukan Melayu yang perjuangkan kaumnya merentasi ketuanan Melayu itulah yang bersikap perkauman.

Anonymous said...

Apa perlunya lagi sekolah jenis kebangsaan andai kita ingin wujudkan sekolah yang bertaraf negara,yang tentunya beridentiti negara dan bukannya bercirikan kekauman yang sempit. Segala ciri kenegaraan itu telah jelas seperti dalam perlembagaan negara. Bahasa negara yakni bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu yang merupakan bahasa warga negara ini. Ciri kebangsaan ini juga ciri kenegaraan kita. Begitu juga hak Melayu telah termaktub dengan jelas. Tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika nak pertikai, jus soli pun boleh kita pertikai. Mentaliti perkauman yang sempit hingga melampaui kaum yang berhak, yakni ketuanan Melayu adalah pemikiran yang melampau dan perlu diperangi. Kebebasan yang bertanggungjawab biasanya melunasi hak dan had yang telah ditentukan.