Wednesday, November 01, 2006

Syabas, Kerajaan: Air Mula Mahal, Saya Masih Bingung, Rakyat Kena Fikir

Komen berdasarkan artikel Malaysia Today:

Harga air naik 15%, kerajaan masih perlu bayar RM125 j

Link: http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=428

------------------------

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pertama sekali, ingin saya katakan, Kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, untuk rakyat.

Sebagai orang Malaysia yang menggunakan air dengan JIMAT serta membayar cukai, saya merasakan diri saya ini sungguh bodoh dan bingung dengan pelbagai kejadian yang menghairankan baru-baru ini.

"Menurut Lim, jika kenaikan tarif bermula November tahun ini, kerajaan perlu membayar Syabas RM125 juta pampasan. Jika ia dimulakan dalam bulan Januari tahun hadapan, pampasan menjadi RM152 juta."

Ada beberapa soalan yang ingin saya kemukakan supaya rakyat Malaysia sekalian boleh sama-sama berfikir dan berbincang tentang penjelasan yang saya memang tidak faham-faham ini.

Perlu diingatakan bahawa, pada bulan Februari 2006 (tahun yang sama), kerajaan BN telah menaikkan tariff airnya sebanyak 15%.

Link: http://www.jeffooi.com/2006/02/post_5.php

Link: http://www.nccc.org.my/

Link: http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=255

Alasan yang diberi pada masa itu:

"Menteri berkenaan juga mengatakan kenaikan tarif pada ketika ini adalah wajar kerana Syabas berjaya mengurangkan ‘Non Revenue Water’ (NRW) daripada 42% dalam tahun 2004 kepada 37% dalam tahun 2006. Keuntungan Syabas juga menunjukkan kenaikan dari RM900 juta ke RM1.1 bilion."

Soalan (1): Pada bulan Februari, "Ia amat pelik bagi Syabas menaikkan tarif air sedangkan keuntungannya sudah bertambah dan NRW sudah dikurangkan dengan begitu ketara. Apakah kadar keuntungan bagi Syabas jika ia tidak menaikkan tarif air?"

Ok, yang penting sekali, kita lihat di sini yang tiada unsur "Pampasan kepada Syabas" yang dibangkitkan.

Namun, pada bulan November, tahun yang sama barulah isu "Pampasan" dibangkitkan untuk menaikkan harga sekali lagi sebanyak 8%.

Yang menjadi persoalannya:

(2) Mengapakah isu pampasan tidak diambil kira/dibangkitkan oleh kerajaan BN semasa kenaikan harga pada bulan Februari tahun ini?

(3) Mengapakah dengan kenaikan harga bulan November, kerajaan perlu lagi membayar pampasan RM125 juta? Perlu kita ingat di sini, sebahagian duit yang kerajaan guna untuk bayar adalah duit hasil kutipan cukai pendapatan rakyat. Duit hasil kerja susah-payah.

(4) Mengapakah kerajaan tidak mengambil kira pampasan dalam Perancangan (bulan Februari), di mana salah silapnya?

Bahagian (4) yang membuat saya bingung tak sudah-sudah.

(5) Bolehkah kita kata ini adalah kesalahan Perancangan Kerajaan? Kita tahu, yang sudah pasti kena tanggung ialah rakyat sendiri. Yang bertanggungjawab pula siapa? Menteri, Kementerian atau syarikat air?

(6) Dengan semata-mata terus-menerus memberi alasan yang sebegitu tidak cukup. Akaun-akaun yang JELAS, TERPERINCI dan boleh dikaitkan antara satu sama lain DENGAN LOGIK patut diberikan untuk tatapan umum. Adakah kerajaan mengamalkan dasar "Transparency" dan "Accountability"? Untuk soalan ini, tidak payahlah jawab secara terbuka. Jawab dalam hati. Tepuklah dada tanya selera. Hati tahu, perut faham.

(7) Kalaulah ini adalah kesalahan perancangan, adakah kerajaan BN boleh menjanjikan yang rakyat tidak payah menanggung pampasan hasil kesalahan tersebut pada masa akan datang?

Rakyat sekalian.. Fikirlah sejenak.. Kita cintakan Malaysia.. Janganlah kita bingung, janganlah kita bodoh.. Kita perlu mencari jawapan. Kita perlu mencari penyelesaian yang hakiki.

Sekian...

No comments: