Friday, November 03, 2006

Isytihar Lah! Apasal Tak Boleh? Tak Logik Ni

Petikan dari Malaysia Today: "Tidak perlu keluarga saya isytihar harta"
Link: http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=471

"Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak timbul soal keperluan bagi ahli keluarganya mengisytiharkan harta kerana beliau sebagai perdana menteri tidak pernah menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan keluarga."

Ohh, logik yang dipakai Abdullah tak betul ni!

Pengisytiharan harta adalah untuk membuktikan sama ada wang yang diperolehi adalah melalui cara yang betul atau tidak betul (mengikut undang-undang).

Malahan, dalam konteks etika, ada dinyatakan yang Rakyat Biasa juga mesti mengisytiharkan harta dan pendapatan masing-masing. Kalau seseorang dapat harta secara haram, boleh dihukum.

Adakah ahli UMNO atau Perdana Menteri akan mengamalkan kod etika? Perdana Menteri boleh menyuruh sesiapa sahaja di Malaysia untuk mengisytiharkan harta secara sah. Siapa pula yang boleh menyuruh PM secara sah? BPR? Rakyat? Sultan?

Jadi adakah terdapat apa-apa sebab yang lebih munasabah Pak Lah tidak mahu mengisytiharkan harta?

Mulut Rakyat ternganga. Sama-sama kita renungkanlah.

4 comments:

mahaguru58 said...

Wah brader...u sudah ada blog oo!!!

Ini macam watshi mau lah tengok apa latest cerita sama berita!

Gambar gambar sikit tarok lah brader baru ada ngam!

.........Hehehehehe........

Just joking a bit with u there !

Good to see you blogging bro!

All my best wishes!

Anonymous said...

Ever since he stepped in as the PM, all wat i ever hear abt him are bad comments. Personally i havent seen him accomplished anything so significant tat would have portrayed him as a capable leader and hence that would put a full stop for all the speculation created on him. Let see wat happens next....politics getting interesting nowadays.....

Anak Bumi said...

sagaladoola,

paklah nak isytihar harta?

tunggu kucing bertanduk...hehe..

knytan said...

Kalau tak ada yang ditakutkan, kenapa Abdullah tak isytiharkan harta? Buatlah sebagai satu contoh yang bagus untuk yang lain. Kalau pemimpin pun macam itu juga, konco konco pun ikut juga lah.