Wednesday, December 05, 2007

Kempen Gerakan Anti Salah Maklumat (GASAK)


Malaysiakini melaporkan Gerakan Anti-Salah Maklumat (GASAK) ditubuhkan . Berikut merupakan maklumat yang lebih mendalam mengenai GASAK, dipetik dari laman web Malaysiakini :

Sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Gerakan Anti-Salah Maklumat (GASAK) ditubuhkan hari ini untuk memberi penerangan ke seluruh negara bagi menyedarkan masyarakat agar tidak terus dipermainkan oleh media yang hanya inign memastikan satu-satu parti politik sahaja yang berkuasa. Setiausaha Sekretariat Penaja GASAK, Hasmi Hashim berkata, perkara itu bertentangan dengan semangat demokrasi. Pada dasarnya, tegas beliau, jawatankuasa penaja Gasak menggariskan tiga tuntutan minima yang melibatkan badan media di negara ini, iaitu:

-> Hentikan salah lapor.
-> Laporan seimbang kepada semua pihak.
-> Kebebasan editorial.

__________________________

Untuk keterangan yang lebih lanjut mengenai pertubuhan ini, sila lawati HarakahDaily.net . "Boikot Media Pembohong" adalah program pertama yang dilancarkan oleh GASAK.

Penubuhan organisasi sebegini memanglah dialu-alukan. Alangkah baiknya kalau idea ini dimakbulkan lebih awal. Namun, bak kata pepatah Bahasa Inggeris, "lewat lebih baik dari tidak ada" ("Better late than never"). Rasanya masa sudah sampai untuk media kita disedarkan dari tidur yang ramai rakyat Malaysia tidak berpuasa hati sekiranya laporan yang disiarkan berat sebelah, tidak menunjukkan cerita yang sepenuhnya ataupun diputarkan sehingga tidak masuk akal di atas sebab-sebab tertentu.

Sekiranya media utama berfungsi seperti apa yang penulis baru sahaja ketengahkan, maka boleh dikatakan media utama itu tidak professional dan tidak beretika. Di zaman Teknologi Maklumat ini, media adalah sesuatu unsur yang penting untuk pembangunan pemikiran rakyat.

Mengapakah orang Malaysia mencari maklumat di internet?
Tidak dapat dinafikan sesetengah orang Malaysia mencari maklumat dan gambar mengenai peristiwa terkini seperti kempen BERSIH dan Hindraf di media bebas internet seperti Malaysiakini dan Malaysia Today serta halaman blog. Persoalannya mengapa perkara sedemikian berlaku?

Sebagai contoh, peristiwa kempen BERSIH yang telah berlalu, terdapat begitu ramai yang memakai pakaian berwarna kuning berjalan kaki di dalam hujan menuju ke istana, kebanyakan media utama hanya mampu melaporkan bahawa kempen tersebut mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Gambar yang ditonjolkan oleh sesetengah media utama merupakan gambar kereta yang sesak tetapi tiada satu pun yang menunjukkan manusia yang berhimpun walaupun kempen ini merupakan perhimpunan aman Malaysia yang paling besar dalam dekad ini. Angka hadirin yang dilaporkan pula tidak tepat.

Adakah kempen ini akan berkesan?
Menurut salah seorang Ahli Jawatankuasa GASAK (dipetik dari Suara Keadilan), kempen Boikot Media Utama adalah satu persambungan kempen tahun 1998, sewaktu kontroversi gerakan Reformasi. Namun, yang menjadi persoalannya, adakah kempen ini akan berjaya pada tahun 2007?

Penulis blogger ini tidak tahu sama ada kempen tahun 1998 boleh dianggap berjaya. Namun yang pasti, konsep blog tidak wujud sehinggalah tahun 2000. Kempen kesedaran pada tahun 2007 mesti menarik kerana yang berkempen bukanlah hanya Badan Bukan Kerajaan tetapi meliputi blogger-blogger yang merupakan rakyat Malaysia. Yang menjadi masalahnya, dapatkah mesej kempen ini dapat menembusi pemikiran rakyat yang tidak membaca artikel di internet?

Memandangkan masih tiada idea yang boleh mendatangkan hasil dengan lebih cepat untuk menyedarkan rakyat mengenai media utama, kempen ini haruslah disokong. Penulis blogger ini berharap GASAK telah merancang dengan rapi dengan meliputi setiap aspek dan pelosok masyarakat sebelum kegiatan dijalankan.

3 comments:

Anonymous said...

I have been buying the two major local english dailies for the past twenty years. i want to keep my self informed of current events. I pay good money for these product expecting good quality reporting be delivered. After all these years, all the money spent and all the hours wasted reading the newspaper, now i'm told that they are not only inaccurate but they purposely lied. If i wanted fiction I would read Harry Potter.
I feel that they have definitely breached some form of contract. They have misrepresented themselves.I have been cheated.
My question, to those well versed in the law please help, Can i sue these cheats? can we all sue these cheats?

Anonymous said...

ntonly news papers are cheating and lieing.even the news on all tv are lieing.they filter to many things and lie about to many things.before this i never missed 8 pm news but now i fill better i watch dramas on astro at 8 pm,its the same.

cool said...

not only news papers,even tv news are nt real nw days,they filter to many things.before i have never missed 8 pm news.bt recentlly the news have been misrepresented compared to what i have seen in the internet
.seeing is believeing maaa.now days at 8 i change to astro,better watch drama then this lies.