Showing posts with label Malay Articles. Show all posts
Showing posts with label Malay Articles. Show all posts

Monday, September 10, 2007

Peluru Hidup dan Erti Sebenar Kemerdekaan

E-mel Khas Buat Kemerdekaan

Perayaan Hari Merdeka ke-50 telah berlangsung di Dataran Merdeka seminggu yang lalu ( 31 Ogos 2007 ). Namun, saya baru sahaja mendapat e-mel berikut pada pagi ini. Sememangnya ia adalah sesuatu yang patut dibaca dan direnungi. Cuba fahamilah maksud yang tersirat.

"
Hello Kawan,

SEKARANG BILA KITA MERDEKA SENDIRI
1. Kereta yang kebanyakan kita mampu pakai hanyalah WAJA, WIRA, MYVi, KELISA dan KANCIL
2. Gaji minimum kita di kerajaan ialah RM900 tapi di swasta ialah RM450 (mungkin telah bertukar sekarang, namun tidak dimaktubkan sebagai undang-undang)
3. Harga minyak dan harga barang bila dibandingkan dengan gaji SANGAT TIDAK BERPATUTAN
4. Kita kena kerja 7 hari seminggu, 12 jam sehari. (Pekerja Swasta)
5. Team Bola Sepak kita hanya layak ke SUKAN SEA dan ranking 152.
6. Kita hanya pernah ke Oversea (Pangkor, Redang, Pulau Pinang)
7. Perdana Menteri hanya 5 orang sejak 50 tahun merdeka dan dari satu Barisan sahaja.
8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, kita terpaksa retire dari satu kerja dan berhijrah ke kerja lain.
9. Kita kena bayar TOL setiap hari dan jumlah Lebuhraya baru bertambah sama seperti gerai pasar malam 10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.

KALAU KITA MASIH DIBAWAH JEPUN
1. Kereta yang kebanyakan kita mampu pakai hanyalah HONDA, TOYOTA, MITSUBISHI, NISSAN, SUZUKI dan ISUZU. Kita gelak dengan orang yang pakai kereta HYUNDAI dan PEUGEOT.
2. Gaji minimum kita di kerajaan ialah JUTA2 YEN tapi di swasta ialah YEN JUTA JUTA juga
3. Buat apa nak kisah beli minyak sebab kita ada banyak PENGANGKUTAN AWAM.
4. Kita kena kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. (Pekerja Swasta)
5. Team Bola Sepak kita pernah main kat WORLD CUP. WORLLLLDDDDDDDDD! !!!!!
BANGGA WA CAKAP LUUU........ ...
6. Kita sering pegi oversea, around the world dan semua orang bila jumpa kita nak cakap bahasa kebangsaan kita di negara mereka hahahaha bangang betul la mereka tu...
7. Aku tak tau berapa banyak Perdana Menteri dan berapa banyak parti politik, tapi sering tukar2 la, tapi RAJA satu jer, tak pernah tukar2 RAJA pun.
8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, kita jalan2 makan angin ke negara lain, kalau kita tak pergi makan angin, member2 kutuk sebab mereka semua pergi makan angin.
9. TOL??? ape kemende tu? Buat apa bayar jalanraya yang kerajaan buat guna duit rakyat?
10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.

KALAU KITA MASIH DIBAWAH GREAT BRITAIN
1. KITA MAMPU PAKAI SEMUA KERETA SEBAB SEMUA KERETA MURAH NAK MAMPOSSS!!!! TAK PAYAH REPAIR, ROSAK BELI BARU. ADA JUGAK ORANG NAK AMBIK KERETA ROSAK KITA TU.
2. GAJI DAPAT DUIT POUND STERLING. KITA GELAK KAT EURO DAN US DOLLAR SEBAB MURAH!!!! LOW CLASS!!!
3. PENGANGKUTAN AWAM BANYAK DAN MINYAK PUN MURAH.
4. Kita kena kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. (Pekerja Swasta)
5. SEMUA ORANG SUKA NATIONAL TEAM BOLASEPAK KITA. TAK PERNAH MENANG PUN TAPI RAMAI ORANG SUKA PAKAI JERSEY BOLA KITA, SPONSOR KELAB KITA, SOKONG SAMPAI PAGI2 BUTA GAME KELAB2 BODOH KITA. WORLD CUP????? TAK PAYAH CERITA LAAA, DAH BORING LAYAK TAPI TAK MENANG FINAL PUN.
6. PERGI OVERSEA??? AKU NAMPAK ORANG DATANG TEMPAT AKU ADA LAH, AKU PELIK APA SEBAB MEREKA MINAT SANGAT DATANG TEMPAT AKU......... .
7. Aku tak tau berapa banyak Perdana Menteri dan berapa banyak parti politik, tapi sering tukar2 la, tapi QUEEN satu jer, tak pernah tukar2 QUEEN pun.
8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, KITA PERGI JALAN2 SANA SINI DAN TENGOK BOLA JER. SAMPAI BORING DUDUK RUMAH TAK BUAT APA PUN.
9. TOL??? ape kemende tu? Buat apa bayar jalanraya yang kerajaan buat guna duit rakyat?
10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.
11. WOI !!! Merdeka tu apa? bila masa Great Britain kena jajah? Penjajah terakhir kami ialah Tentera ROM lebih kurang 300 Masihi............. aku pun dah lupa kemerdekaan kali ke berapa, dah tak celebrate dah kot........

Fikir2 lah wahai sahabat.............. ERTI SEBENAR KEMERDEKAAN........... .
"
_________________________________________

Peluru Hidup di Terengganu

Sementara itu, saya terbaca berita bertajuk " Surai ceramah: Pembangkang dakwa anggota polis lepas tembakan " di laman Malaysiakini .

Menurut ringkasan yang dipaparkan:
Parti-parti pembangkang PAS dan PKR mendakwa, polis telah bertindak ganas, termasuk menembak peluru hidup, untuk menyuraikan satu ceramah di Pantai Buruk, Terengganu lewat malam tadi.
-> Dua cedera parah
-> Gas pemedih mata

Saya membaca cerita ini dengan perasaan penuh dukacita. Seminggu selepas perayaan Hari Merdeka, demikianlah bentuk berita yang menggambarkan keadaan "kebebasan" di tanahair.

Menurut parti-parti yang terlibat, ceramah sebegitu adalah lazim. Baru-baru ini pula terdapat desas-desus yang mengatakan negara kita kemungkinan akan menjalankan pilihanraya pada bulan November, selepas Hari Raya. Sesungguhnya, kalau bukan sebab pilihanraya, adakah salah untuk parti-parti bukan-Barisan Nasional untuk menyuarakan pendapat dan berkongsi pengalaman?

Setahu saya, Malaysia ini negara demokrasi, raja berperlembagaan. Adalah termaktub di dalam perlembagaan yang menjanjikan hak bersuara untuk sesiapa sahaja yang mempunyai perkataan "Warganegara" tertera di atas kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara selaku wakil kerajaan Malaysia yang kononnya dipilih dan diberi mandat oleh rakyat sendiri.

Sudahlah ada ISA yang zalim untuk mengongkong kebebasan, ditambah pula dengan kekerasan. Apakah FRU patut melepaskan "peluru hidup" ke atas orang awam untuk menyuraikan ceramah? Sememangnya, kelakuan ini adalah sesuatu yang amat mengejutkan. Harus diketahui yang Harakahdaily menyatakan, rakyat-rakyat yang pergi ke ceramah tersebut tidak mempunyai senjata.

Adakah penyuraian tersebut lebih penting daripada nyawa rakyat yang kerajaan sepatutnya pertahankan? Kini dilaporkan, dua orang warganegara Malaysia telah cedera disebabkan oleh peluru yang dilepaskan. Tidak tahulah sama ada bererti kalau nak kata nasib baik. Kalau malang tidak berbau, peluru tidak mengenal mangsa, silap haribulan terkena kepala sesiapa pastilah nyawa melayang.

Tambahan lagi, jumlah FRU yang hadir dikatakan oleh sumber-sumber yang diperolehi adalah ramai. Ada juga trak penyembur air berasid dan bom pemedih mata. Tidakkah itu lebih dari cukup untuk mengendalikan hadirin sekalian yang tidak bersenjata?

Ceramah yang dianjurkan berniat baik, oleh NGO BERSIH atau nama panjangnya Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih. Matlamatnya baik. Sepatutnya kerajaan dan FRU memberi sokongan yang padu, keganasan tidak harus dipraktikkan. Diharap kerajaan memandang nyawa orang awam sebagai bernilai sepenuh masa, bukan hanya waktu pilihanraya sebagai pengundi

Penulis blogger menyokong panggilan Malik Imtiaz Sarwar, selaku Presiden HAKAM kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat kejadian "peluru hidup" yang sangat tidak diingini dan tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, yang kononnya sudah "Merdeka" setengah abad (50 tahun).

Rakyat Malaysia bukanlah Musuh Negara.

Malaysia Today telah memetik dua berita dari Harakahdaily:
1) Menteri, polis 'hilang akal' hadiahkan peluru hidup untuk surai majlis ceramah
2) Mengapa polis lepaskan peluru hidup di Batu Buruk?

Sumber-sumber berita lain yang penting:
3) Elizabeth Wong: Magic Bullet
4) Malik Imtiaz Sarwar: Seriously, Mr. Deputy Prime Minister

Wednesday, August 29, 2007

Mengapa "Sekolah Jenis Kebangsaan" Masih Wujud?

Blogger "Another Brick in the Wall" telas menulis artikel di Malaysia Today: Around The Blogs berkenaan pengekalan penggunaan Bahasa Mandarin dan sekolah Cina.

Katanya:
" Perhimpunan Agung MCA Kebangsaan ke 44 baru-baru ini mengemukakan 12 resolusi yang mana separuh darinya melibatkan isu pendidikkan. Salah satu dari isu-isu itu menuntut pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Cina dalam bahasa Mandarin. Dari sebelum Merdeka, sekolah Cina adalah modal politik yang tidak habis-habis dijaja oleh kesemua parti politik Cina - MCA, Gerakan dan DAP. Niat tuntutan ini jelas untuk mengekalkan identiti Sekolah Cina tetapi implikasi tuntutan ini melebihi itu. "

Blogger tersebut turut membangkitkan isu penggunaan Bahasa Mandarin dalam konteks perniagaan dan diskriminasi terhadap orang Melayu sebagai kesannya. Disoal juga mengapa Sekolah Cina patut dikekalkan walaupun ia adalah "legasi kaum pendatang" sedangkan kaum Cina patut berintegrasi dengan masyarakat Malaysia umumnya.

Penulisan ini juga boleh dibaca di halaman blogger tersebut. Tajuknya Disebalik Tuntutan Bahasa Mandarin Pemuda MCA

Merujuk kepada artikel di atas, penulis ini (Sagaladoola) telah membuat analisis dan inilah hasilnya:
__________________________________________

MENGAPA "JENIS KEBANGSAAN" MASIH WUJUD? : ANALISIS

Sememangnya ada sedikit kebenaran dalam pandangan "Another Brick in the Wall". Namun begitu, harus juga diberi perhatian kepada beberapa ciri-ciri kegagalan kerajaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan di Malaysia.
__________________________________________

ANALISIS 1: DASAR YANG BAIK MUNGKIN MENJADI DASAR TIDAK BAIK

1) Sememangnya idea Sekolah Wawasan yang diketengahkan adalah bagus.

Namun disebabkan kecurigaan dari segi pandangan kaum bukan-Melayu kerana tindakan sesetengah pemimpin di parti politik Utama Malaysia, tidak dapat dilaksanakan.

Kebanyakan kaum bukan-Melayu kini berasa tidak yakin terhadap tindakan kerajaan. Ini adalah kerana banyak laungan berdasarkan arus perkauman seperti "Ketuanan Melayu" diikuti dengan penggunaan keris dan kata-kata "bermandikan darah".

Menteri yang menggunakan keris bersertakan lolongan ialah Menteri Pendidikan sekarang !

Dakwaan ini bukannya tidak berasas. Sesetengah pemimpin Melayu suka menggunakan isu perkauman atau mengeluarkan buku 13 Mei dalam mesyuarat untuk menaikkan nama mereka dalam arena politik. Tindakan ini seakan-akan sudah menjadi satu budaya yang tidak sihat, namun masih diteruskan.

Saudara "Another Brick in the Wall", fikirkanlah kalau anda dilahirkan orang Cina diletakkan dalam keadaan tersebut, adakah anda masih ada keyakinan terhadap kepimipinan sebegitu. Adakah anda yakin untuk menutup sekolah jenis kebangsaan dan memberi kuasa pentadbiran kepada pemimpin sebegini?

2) Orang Cina khuatir, jikalau mereka membenarkan dasar pendidikan mereka dikawal oleh orang sedemikian, mereka takut kemungkinan didiskriminasikan dari segi permakahan dan sebagainya. Ini bukannya tidak berasas, tetapi kalau dilihat secara teliti, kebanyakan polisi yang diimplementasi mempunyai dasar-dasar yang tidak sama rata.

Seperti contoh, DEB yang pada mulanya baik dan disokong oleh kaum bukan-Melayu, dipusing-pusingkan sehingga ia menjadi alat yang menyusahkan.

Mangsa yang paling ketara adalah kaum bukan-Melayu kerana duit untuk menjana DEB datang dari titik peluh mereka. Majoriti duit cukai pendapatan datang dari kaum bukan-Melayu. Dengan berbanyak-banyak "bail-out", mereka sudah hilang keyakinan.

Fikirkanlah apa reaksi mereka kalau diberitahu pengurusan yang sama akan membuat polisi untuk Sekolah Wawasan?

ANALISIS 2: PENGURUSAN YANG LEMAH

3) Lihatlah keadaan Sekolah Kebangsaan kini. Kualiti turun mendadak sejak pengenalan KBSR / KBSM. Sekolah Jenis Kebangsaan hanya mengalami masalah dari segi penguasaaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Ada sesetengah pihak yang suka membandingkan kualiti sekolah kebangsaan Malaysia dengan sekolah di benua Afrika.

Semua orang tahu bahawa kebanyakan negara Afrika adalah mundur.

Pendidikan membentuk masa hadapan anak-anak. Adakah anda akan berasa yakin meletakkan masa depan anak-anak anda kepada pengurusan sebegitu?
__________________________________________

ANALISIS 3: BIRO TATANEGARA

4) Terdapat unsur-unsur negatif yang diterapkan dalam isikandungan pendidikan. Ini menambah kepada dasar tidak yakin kaum bukan-Melayu terhadap menyerahkan seratus-peratus pengendalian pendidikan kepada kerajaan.

Link 1: Biro Tatanegara Spread Racist Teaching (Biro Tatanegara sebarkan ajaran negatif perkauman)
Link 2: Biro Tatanegara sebarkan ajaran, pemikiran yang melampau?
__________________________________________

Ini adalah antara sebab utama mengapa kaum bukan-Melayu ingin meneruskan sistem pendidikan jenis kebangsaan. Penulis merasakan pendirian ini tidak akan bertukar sehinggalah politik pemerintahan berteraskan laungan politik perkauman dimansuh atau dihapuskan.

Sila jangan lihat penulisan ini sebagai satu sindiran. Sekiranya, keadaan di atas boleh diperbaiki, maka, keyakinan kaum bukan-Melayu akan bertambah untuk merealisasikan Sekolah Wawasan.

Namun begitu, penulis ini bersetuju bahawa kriteria "Mandarin is required" (Bahasa Mandarin diperlukan) untuk kemasukan ke syarikat swasta tidak sepatutnya berlaku. Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Melayu. Orang Cina sepatutnya menghormati pendirian ini sebagaimana termaktub dalak konteks "kontrak sosial".

Orang Melayu pula patut melupuskan kriteria "Bumiputras only can apply" (Pekerjaan untuk bumiputra sahaja) terutamanya di syarikat GLC dan sektor kerajaan.
__________________________________________

Adalah tidak adil jika dikatakan Sekolah Jenis Kebangsaan dikatakan mengajar perkara yang tidak baik untuk perpaduan negara. Seorang penulis berbangsa Melayu berpendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) mengutus surat kepada Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com) bersubjekkan "Terima kasih, sekolah Cina!". Penulis bernama Ngo Yian Jee pula dalam surat yang lain menyatakan yang berikut:

" Jika dikaji dari silabus mata pelajaran SRJK(C), boleh didapati bahawa unsur-unsur perpaduan awal-awal lagi telah ditekankan dalam semua aspek dari segi permahaman, saling menghormati antara kaum hinggalah ke seni budaya dan adat-istiadat pelbagai kaum.

Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara juga diberi pernekanan yang secukupnya supaya semua pelajar akan faham, fasih, malah menghayati kecantikan Bahasa Malaysia.

Tengok, bukankah sebagai seorang warga negara yang berbangsa Cina, saya, boleh menulis dalam Bahasa Malaysia dengan begitu lancar sekali? Walaupun tidak sebaik mana, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyampaikan segala yang ingin disampaikan.

Jika khuatir, pergilah tanya mana-mana murid sekolah SRJK(C), manakah tanahairmu? Jawabnya pasti Malaysia. Siapakah Bapa Kemerdekaan negara? Jawabnya pasti Tunku Abdul Rahman.

Tiada seorang pun murid SRJK(C) yang tidak tahu nyanyi lagu ‘Negaraku’ kerana seperti di sekolah kebangsaan, ‘Negaraku’ dinyanyikan setiap kali perhimpunan diadakan. "

Monday, July 23, 2007

MCA Bangsar Open Letter to UMNO Youth

Sagaladoola's note: This blog is not a Pro-MCA (pro-government) or Pro-Keadilan site (as evident in the case of Nathaniel Tan). Sagaladoola supports free discussion and all Malaysians (regardless of race and parties) to speak up. I received the e-mail on 22nd July 2007 5:45 pm and decided to publish it.

Associated news related to the e-mail:
1) Hisham's warning: Hey MCA! Shut up! Jul 21, 07 5:45pm ( Malaysiakini )
Umno Youth has asked its Barisan Nasional partner MCA to cease its public campaign to declare Malaysia as a secular state.
-> Hisham: Saya beri amaran (Hisham: I am warning)
-> MCA ministers gagged?

2) Hisham: Stop making statements on secular state
3) MCA, jangan komen isu negara sekular



The e-mail:

"A.L. HO" to me received (22nd July 2007 5:45 pm)

Hi,

For your blog and help to please forward below to as many people as possible.

What MCA doing is right, our conscience and action must support MCA to do what is right for the country.

Thanks

Best,
Aoi Ling, Ho
CEO

http://mylivingwall.com/
____________________________________

To: 'editor@malaysiakini.com'
Subject: Surat terbuka kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

22 Julai 2007

Kami, ahli-ahli muda MCA, menyokong penuh pendirian dan usaha murni MCA menyumbang kepada pembangunan negara dan rakyat Malaysia.

Kami membidas tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang memberi “Amaran kepada MCA” melalui akhbar Berita Harian (tajuk utama, Sabtu 21 Julai 2007) yang meneruskan politik polemik mengintepretasikan semula perlembagaan persekutuan Malaysia. Ini berlaku walaupun pada hari Khamis 19 Julai, 2007, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan media arus perdana supaya jangan menyiarkan sebarang berita mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Perbuatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO langsung tidak menghormati larangan yang telah dikeluarkan oleh KDN yang mewakili kerajaan negara.

Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO terhadap pemimpin MCA yang merupakan rakan kongsi utama BN, tidak membawa manfaat kepada sesiapa kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.

Kami memberi nasihat ikhlas kepada Ketua Pemuda UMNO supaya mengingati semangat BN yang telah menjadi teras kerjasama dan muafakat selama 49 tahun Malaysia merdeka. Perbuatan mengeluarkan amaran terhadap sesebuah rakankongsi seperjuangan BN juga memperlekehkan semangat toleransi, hormat-menghormati dan bermuafakat.

Kami menyarankan pihak yang berkenaan seupaya melihat Perlembagaan Persekutuan Malaysia secara menyeluruh, bukannya mengambil sesuatu fasal atau fakta secara terasing kerana ini tindakan pihak yang jahil mengenai latar belakang, semangat dan kesefahaman yang telah dipersetujui di antara semua rakyat Malaysia yang menjadi teras membawa kepada pembentukan negara Malaysia yang merdeka.

LEADERSHIP DEVELOPMENT BUREAU
MCA Bangsar

____________________________________

Previous related articles of http://sagaladoola.blogspot.com/
1) MCA Stressed: Malaysia Is Not What Najib Claimed
2) Weeping for a Merdeka State or Islamic State?
3) Hisham, Ultraman and Scared Kitty

Click here to e-mail this post to your friends

Monday, May 07, 2007

Idea Penyelesaian: Haramkan Saja Internet?

Menteri Penerangan Malaysia Datuk Zainuddin Maidin ingin mengklasikasikan penulis blog

PETIKAN ARTIKEL:
Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata Malaysia perlu mengklasifikasikan antara penulis blog profesional dan bukan profesional sebagai satu mekanisme untuk mengawal laman blog daripada disalahgunakan.

KOMEN:
Baru-baru ini, Abang Zam Zam Alakazam suka bergurau dengan orang-orang Malaysia. Inilah jenaka terbaru yang Abang Zam ingin ketengahkan.

Pernah seketika pada "Hari Wanita Sedunia", ada akhbar melaporkan Menteri yang berlawak mengatakan bahawa penulis blog adalah penipu dan penganggur. Ditambahnya pula, 80% (8000 dari 10000 orang) dikalangannya terdiri daripada perempuan yang menganggur.

Link: http://www.malaysiakini.tv/mkini/?vid=72

Bila Menteri ini dihentam teruk dalam akhbar, rakyat dan masyarakat antarabangsa, dia berkata yang dia disalah tafsirkan (perkataan kegemaran menteri BN). Ditarik pula emak dia masuk cerita. Dia kata dia tidak mungkin dia menyinggung perasaan wanita (melalu kata-kata yang disalah tafsirkan) kerana emak dia seorang wanita.

Bukankah ini sesuatu yang melucukan?

Saya masih tidak pasti sama ada emak dia adalah dalam kategori orang yang bekerja atau sebaliknya. Saya ada kepastian yang lelaki sejati (bukan pondan) sentiasa akan mengaku dan meminta maaf kalau membuat kesilapan.

Balik kepada cerita asal. Rasanya yang akan diklasifikasikan sebagai penulis blog yang kononnya "profesional" ialah The Star, Utusan, NST, akhbar-akhbar dan orang-orang yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Malang tidak berbau, inilah hakikatnya. Namun adakah ini bermaksud rakyat akan percaya kepada penulis blog yang kononnya "profesional" ini? Adakah akhbar-akhbar dan orang-orang yang dikawal oleh BN akan bercakap benar dan tidak menipu rakyat?

Adakah BN akan berlaku adil dan mengklasifikasikan penulis blog yang menulis sesuatu yang tidak berpihak kepada diri mereka sendiri?

Jawapannya mudah.

Tuhan sudah tentu tahu. Rakyat Malaysia pun faham apa yang berlaku. Tepuklah dada tanya selera. Jawapan termaktub dalam sanubari anda.

Abang Zam, untuk pengetahuan anda, sekarang ialah zaman digital, juga dikenali zaman IT, teknologi maklumat. Dari segi teknikal dan sosial, maklumat dan internet tidak dapat dikawal.

Kalau Abang Zam ingin juga berbuat demikian, rasanya hanya ada satu cara. Haramkan saja internet dan IT.

Masa tu takkan ada sesuatu yang kononnya "khabar angin". Sungguh ganjil kerana banyak berita yang kononnya "khabar angin" berubah menjadi kenyataan.

Rasanya Pak Lah selaku Imam Besar Hadhari tidak akan membantah. Lagipun si dia tu nak jadikan Malaysia negara Pertanian (Agriculture). Zaman pertanian tu era sebelum 70-an, sebelum kedatangan zaman perindustrian dan zaman IT.

Tak perlu internet kan? Kan pertanian itu zaman gostan 20, 30 tahun yang lalu? Zaman pertanian tak ada internet bukan?

Haih.. Abang Zam, jenaka kau ni tak lucu lah. Berkali-kali kau pusing-pusing cakap masih tak ada penyelesaian.

Kalau tak boleh buat kerja, diam aje, tidur. Orang Malaysia dah boleh terima orang tidur dalam kerajaan. Tak suka tapi dah biasa. Kalau tak mahu tidur, letak saje jawatan sebab tak boleh buat kerja.

Tuesday, March 20, 2007

Hadhari Malaysia: Aku Keliru! Banyaknya Jenis Islam

Petikan di bawah adalah komen aku berkenaan dengan artikel "Abdullah bidas pihak perolok Islam Hadhari" di Malaysia Today .

Sagaladoola berkata:
Adakah perkataan "Hadhari" ada dalam Qur'an? Fikirkanlah sejenak."

gaya berkata:
Biarlah bersikap adil sikit, janganlah kalau sesuatu tu menguntungkan walaupun tak ada dalam al-quran ia jadi halal, manakala sebaliknya ia jadi haram pula.

KOMEN:

Islam sendiri sudah cukup untuk memenuhi apa yang dinyatakan dalam Hadhari termasuk yang menguntungkan dari segi akhlak.

Saya tidak lihat apa-apa yang menguntungkan dalam Hadhari, selain dari menjadikan satu mazhab baru yang mengelirukan orang-orang Islam tentang ajaran sebenar agama Islam. Dengan pengeliruan ini, orang-orang Islam akan berpecah-belah kerana pemahaman yang berbeza.

Saya berharap lain kali tidak akan ada perpisahan di antara kumpulan Hadhari dengan kumpulan bukan-Hadhari dalam Islam pada masa hadapan. Macam mana pula kalau satu hari nanti, dilantik pula Perdana Menteri yang baru yang ingin menerapkan Islam bentuk dia.

Andai kata PM baru tubuhkan nama Islam bernama "TulinBetul". Setiap kali Bah, setiap kali Pasir berubah. Fikirkanlah apa akan terjadi kalau setiap kali Perdana Menteri ditukar, ditambah dengan nama Islam yang berbeza.

Fikirkanlah hakikatnya. Bukankah ummah dan yang bukan Islam akan keliru kalau dibuat sedemikian? Bagaimana orang bukan Islam hendak faham ajaran agama dan menerimanya dengan berbagai-bagai jenis nama Islam?

Mengapa nak bagi nama baru bagi Islam? Islam itu Islam. Islam hanya satu. Ajaran Islam sebenarnya bukan ganas tetapi segelintir orang yang tidak baik memutarbelitkan ajaran dan menjadikannya ganas untuk kepentingan diri sendiri.

Adakah penubuhan ini bermaksud Hadhari itu melegakan keganasan yang terterap dalam Islam? Apakah yang cuba diketengahkan? Perlukah kita berbuat sedemikian rupa?

Sememangnya, apa yang sepatutnya dibuat ialah mengajar anak-anak dan memberitahu kawan-kawan yang Islam itu bukan ganas sebagaimana yang terterap dalam Qur'an. Itu saje. Jangan tambah mazhab, nama atau pengeliruan. Ummah patut bersatu. Yang bukan Islam patut diberi kemudahan untuk pemahaman.

Pada pandangan saya, penubuhan Hadhari ini, menambahkan pengeliruan dan TIDAK MENGUNTUNGKAN. Noktah. Itu saje.

Sekian...

Tuesday, February 20, 2007

Valentine's Day Special: Some Imams went against Islamic practice by misleading Muslims, twisting the Truth

I have made some comments on Malaysia Today based on the issue "Muslim authorities decry Valentine's Day celebrations in Malaysia, Brunei".
Some Muslim authorities in fact claimed that Valentine's Day is against Islam. In my opinion, the claim is totally senseless and illogical.
Below is the reply I have posted to a few bloggers who supported the authorities. I have provided some solid arguments against their claims. Hope it will be able to change their mind to view things in a bigger picture !
____________________________________
bru99 wrote:
I agreed fully with the writing of Pak Maun. Time stamp: 14/02 16:11:03. Its our islamic duty to tell to all what is an islamic practise and what is not.
15/02 08:38:47


I agree with you that Valentine's Day is not an Islamic practice. It is definitely a role of a Muslim to inform another on it. It is also a duty for a Muslim to educate the other that one should not indulge in promiscuous activities. It is also a duty for a Muslim to educate himself and do not let himself succumb to TWISTED TRUTH (A LIE)

However, let's see. Let us read what some IMAMS say:

" Muslims should not "follow Western cultures in the name of modernization without knowing that such culture is AGAINST the Islamic teachings," the message added. "

Extracted from: http://malaysia-today.net/blog2006/newsncom.php?itemid=2437
____________________________________
My conclusion:
SOME IMAMS WENT AGAINST ISLAMIC PRACTICE BY MISLEADING MUSLIMS, TWISTING THE TRUTH
____________________________________

Some Imams told the Muslims that Valentine's Day is AGAINST the Islamic teachings. Refer comment above.

They twisted the truth. It is true that Valentine's Day is not an Islamic practice. It is neither a Christian/religious practice. However, Valentine's Day is NOT AGAINST ISLAMIC PRACTICE ! Notice the difference?

Let's evaluate:

1) Valentine's Day is not a Christian/Religious festival, therefore it is NOT AGAINST Islamic practice.

2) Valentine's Day main theme is for us to express grattitude and love to people who we treasure, by giving presents and various means. It is NOT AGAINST Islamic practice to express love. If anything, if Islam encourages expressing gratitude/love, then Valentine's Day can somehow or rather considered to be helping Islam.

3) Valentine's Day is not for sex, making it NOT AGAINST Islamic practice. Valentine's Day is not created for people to engage in promiscuous activities.

If you want to blame someone for promiscuous activities, it is ok. If that person is bad, he will engage in such activities at any point of time, "Prophet Muhammad's Birthday", "Hari Raya"; Not necessarily Valentine. Blame the person but do not misinform / mislead the Muslims on the facts.

Lying and misleading (menyesatkan) Muslims is an offense under Islam, I am very sure of that. Lying and misleading is AGAINST Islam. Valentine is not.

YOU SHOULD (INSTEAD) TELL THE MUSLIMS THAT:

"CELEBRATING VALENTINE IS PERMISSIBLE AND NOT AGAINST ISLAMIC PRACTICE. PROMISCUOUS ACTIVITIES IS NOT PERMISSIBLE. CAUTION: PLEASE DO NOT ENGAGE IN ILLICIT SEX ESPECIALLY DURING VALENTINE. ILLICIT SEX IS AGAINST ISLAMIC PRACTICE".


Why can't those Imams say this instead? Why do they have to lie and mislead Muslims into boycotting Valentine's Day? Isn't that against Islam?

The Muslims surprisingly follow the Imam blindly. Why can't all of you research and think? If Imam says that his neighbour (whom he does not like) is against Islam and order you to do kill that person, you will follow blindly is it?

Our faith and loyalty is supposed to be for God, not for the Imams. An Imam is a human. A human may be biased. There are people and practices that he likes and does not like.

The Imams above refers to "Imam Sesat" that mislead the Muslims and give the wrong information and lying, saying "Valentine's Day is against Islamic practice" even when it is NOT !!!

THANK YOU:

As for the Imams that caution the Muslims to avoid promiscuous activities ONLY, I would like to give my SINCERE THANKS to you. You have done your RIGHT duty as a religious leader to give the RIGHT information and remind your people to avoid promiscuous activities. You are exempted from the message above and may God bless you and the people you lead ...

Hari Valentine Bukan Pesta Main Seks

Komen ini adalah berdasarkan satu artikel di Malaysia Today yang bertajuk "Muslim authorities decry Valentine's Day celebrations in Malaysia, Brunei".

Diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, ia berbunyi "Ketua-ketua agama Islam membantah sambutan Hari Valentine di Malaysia dan Brunei".

Ketua-ketua agama Islam berpendapat bahawa perayaan ini akan menggalakkan orang-orang Islam berkelakuan sumbang dan tidak senonoh. Sehubungan dengan itu, ada juga ketua yang mengatakan Muslimin dan Muslimat langsung TIDAK BOLEH menyambut perayaan ini.

Sememangnya, seorang blogger telah memberi komen yang bersifat hasutan. Saya berfikiran logik yang diketengahkan untuk membantah sambutan Hari Valentine ini adalah tidak betul dan wajar walau di sudut agama Islam.

Berikut merupakan apa yang telah saya tulis di
http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=2437
____________________________________

hantu suci wrote:

"apa la ada dengan valentine ni. . memang tak salah pun bagi org kristian berzina. .dah ajaran bible dia macam tu,jgn lupa bawa pastor korang sambut skali k, mana la tau nafsu seks dia berubah."


SOALAN: Adakah ajaran Islam suruh orang berfikiran begitu? Tidak menghormati penganut agama yang lain?
____________________________________

hantu suci wrote:
"daripada sambut valentine's day ni bagus sambut pesta jesus kena bunuh. . ok apa"


SOALAN: Jesus ataupun Isa adalah dianggap sebagai NABI dalam konteks Al-Quran (Islam).

Adakah ajaran Islam menyuruh umatnya merayakan PEMBUNUHAN, terutamanya NABI ISLAM sendiri?

Rupa-rupanya orang Islam Sesat (macam "hantu suci") yang tak sambut Valentine hatinya lebih jahat daripada orang Islam yang sambut Valentine.

Perayaan PEMBUNUHAN kau sokong tapi Perayaan PENGHARGAAN kau tak sokong. Sesatlah tu. Saya harap kau ni bukan dari Golongan HadHari.

Maklumlah takde orang bagi hadiah pada dia waktu Valentine. Bagi alamat, nanti aku kirim. Kesian engkau.
____________________________________

Valentine's Day bukan pesta untuk main seks, tuan-tuan dan puan-puan.

Valentine's Day ialah hari untuk kita menghargai cinta kita terhadap ibu bapa, kekasih, kawan atau cikgu kita.

Adakah Islam menghalang kita merakamkan penghargaan kepada orang yang menolong dan mendidik kita?

Adakah Islam kata kita tak boleh bagi hadiah dan belanja kekasih, ibu bapa kita makan? Tidak bukan?

Setahu saya, Islam kata kita patut menghargai orang yang berbudi pada kita. Perayaan ini pula tidak berkenaan dengan penyembahan mana-mana Tuhan. Walaupun Saint Valentine seorang Kristian, tetapi adakah hari Valentine dicipta untuk menyembah Kristian/Jesus/Isa? Tidak.

Hari Valentine dinamakan sedemikian kerana orang yang memberi idea ini bernama Valentine. Macamlah kereta Ford dinamakan berdasarkan nama penciptanya Henry Ford. Takkan itu pun salah?

Macam Hari Kemerdekaan, ia tidak berkaitan dengan agama tetapi ia adalah satu perayaan untuk mengenang askar-askar yang terkoban demi mencapai kemerdekaan.

Kalau kita nak halang Valentine, maka Hari Kemerdekaan pun kita kena halang? Harijadi Kekasih, Ibubapa semua pun kita halang? Fikirkanlah sejenak...

Tiada unsur seks yang dilibatkan oleh Saint Valentine dalam konteks perayaan ini. Yang melibatkan seks itu bukan kerana perayaan, tetapi hanya mengambil kesempatan, itu pun kerana penganjur (manusia) itu sendiri.

Kalau anda orang Islam yang sejati, sekadar beri hadiah ataupun mengucapkan terima kasih, saya berasa tiada apa yang tidak betul.

Yang penting kamu sendiri tidak pergi berzina, itu saje. Jangan salahkan perayaan kalau penganut agama pergi berzina. Perayaan Valentine bukan pesta Main Seks. Salahkan orang yang berzina itu sendiri. Kalau anda sendiri yang berzina, salahkan sendiri.

Bukankah Islam kata kita patut mengawal nafsu kita sendiri?

P.S. PAKAILAH OTAK, KALAU AKU NAK BERZINA, TAK PAYAH NAK TUNGGU SAMPAI VALENTINE.

HARI RAYA DAN MAAL HIJRAH PUN AKU BOLEH BERZINA.

HARI BIASA AKU PUN BOLEH BERZINA.

Inilah masalahnya, sebab ketua-ketua agama kat Malaysia dengan Brunei tak pakai otak .... Sesatlah umat Islam ....

Saturday, November 11, 2006

2 PERHATIAN dan 7 JANGAN untuk Malaysia

Komen berdasarkan artikel
Ekuiti korporat bumiputera melepasi 30%

PERHATIAN PENTING 1:
"Nampaknya kalau boleh, pemimpin-pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri mahukan DEB diteruskan sambil bila-bila.

Jika DEB diteruskan, kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban di akar umbi akan terus di pinggirkan."

Dipinggirkan = Marginalised. So, to all of you Malaysians out there, we are in the same boat. So, please do not condemn each other. UPROOT THE ROTTEN TREE/CULTURE.

PERHATIAN PENTING 2:
"Ia suatu rahsia terbuka bahawa pemilikan saham hanya tertumpu di tangan segelintir kecil, kelompok Umnoputera.

Kelompok Umnoputera dan kroni-kroni mereka tidak boleh dibiarkan memunggah kekayaan negara untuk diri mereka sendiri dengan alasan perpaduan nasional."

Orang Malaysia, tolonglah berpadu secara nasional, jangan hentam kaum lain. Kita dalam satu bot. Undilah kerajaan yang akan mengagihkan kekayaan negara untuk rakyat sekalian.
Undilah dengan betul untuk masa depan negara yang cerah.

JANGAN undi kerajaan yang konon berjuang untuk bangsa, tapi sekadar CAKAP, tapi TAK SERUPA BIKIN.

JANGAN biarkan parti yang mengamalkan "DIVIDE AND RULE" tetapi dalam akhbar kata menggalakkan perpaduan kaum.

JANGAN biarkan budaya buruk yang guna nama Melayu untuk Tipu Melayu, guna nama Cina untuk Tipu Cina, guna nama India untuk tipu India. "Ali Baba" semua tu jangan sokong. Kata juang untuk kaum, tapi guna nama kaum untuk kepentingan diri sendiri, jangan sokong.

JANGAN biarkan pemimpin yang tidak mematuhi PRINSIP RUKUNEGARA untuk memberi pengajara kepada anak anda yang bersekolah untuk mengikut prinsip Rukunegara. Bolehkah orang yang tidak mendaulatkan undang-undang, tidak taat setia kepada RAJA (SULTAN) dan negara, tidak luhur kepada perlembagaan, tidak sopan dan tiada kesusilaan. Boleh tak kita harapkan pagar kalaulah pagar itu makan padi? Eh, parti manakah yang tak ikut undang-undang?

JANGAN biarkan orang-orang durjana yang tidak CEMERLANG dalam tugas, tetapi GEMILANG dan TERBILANG dengan skandal-skandal yang memang TEMBERANG berkuasa. Eh, parti manakah yang cakap tak serupa bikin?

JANGAN biarkan pihak penipu yang tidak MESRA rakyat, tidak CEKAP dari segi pemerintahan dan tidak AMANAH dengan duit dan tugas. Eh, parti manakah yang cakap tak serupa bikin?

Amat penting untuk kita tahu siapa penipu. Penipu ialah orang yang selalu cakap sendiri "bersih" tetapi sebenarnya "kotor". Cakap "Tak Tau" tetapi sebenarnya tahu segala-galanya. Cakap-cakap tetapi tak serupa bikin.

Bersatulah Berjuang untuk Malaysia yang kita cintai. JANGAN biarkan budaya ini berlarutan sehingga memusnahkan Malaysia DAHULU, KINI DAN SELAMANYA.

Jangan, kawan-kawan, oh jangan.
Yang di petik dari artikel yang asal hanyalah pandangan penulis itu sendiri. Adakah Barisan Nasional bertindak dengan tidak adil?
Saya tidak mahu memberitahu anda. Fikirlah mendalam. Fikirkanlah dengan betul sebelum mengundi sebarang parti, tak kira pembangkang ataupun BN.
Sekian, terima kasih.

Friday, November 03, 2006

Isytihar Lah! Apasal Tak Boleh? Tak Logik Ni

Petikan dari Malaysia Today: "Tidak perlu keluarga saya isytihar harta"
Link: http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=471

"Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak timbul soal keperluan bagi ahli keluarganya mengisytiharkan harta kerana beliau sebagai perdana menteri tidak pernah menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan keluarga."

Ohh, logik yang dipakai Abdullah tak betul ni!

Pengisytiharan harta adalah untuk membuktikan sama ada wang yang diperolehi adalah melalui cara yang betul atau tidak betul (mengikut undang-undang).

Malahan, dalam konteks etika, ada dinyatakan yang Rakyat Biasa juga mesti mengisytiharkan harta dan pendapatan masing-masing. Kalau seseorang dapat harta secara haram, boleh dihukum.

Adakah ahli UMNO atau Perdana Menteri akan mengamalkan kod etika? Perdana Menteri boleh menyuruh sesiapa sahaja di Malaysia untuk mengisytiharkan harta secara sah. Siapa pula yang boleh menyuruh PM secara sah? BPR? Rakyat? Sultan?

Jadi adakah terdapat apa-apa sebab yang lebih munasabah Pak Lah tidak mahu mengisytiharkan harta?

Mulut Rakyat ternganga. Sama-sama kita renungkanlah.

Wednesday, November 01, 2006

Syabas, Kerajaan: Air Mula Mahal, Saya Masih Bingung, Rakyat Kena Fikir

Komen berdasarkan artikel Malaysia Today:

Harga air naik 15%, kerajaan masih perlu bayar RM125 j

Link: http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=428

------------------------

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pertama sekali, ingin saya katakan, Kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, untuk rakyat.

Sebagai orang Malaysia yang menggunakan air dengan JIMAT serta membayar cukai, saya merasakan diri saya ini sungguh bodoh dan bingung dengan pelbagai kejadian yang menghairankan baru-baru ini.

"Menurut Lim, jika kenaikan tarif bermula November tahun ini, kerajaan perlu membayar Syabas RM125 juta pampasan. Jika ia dimulakan dalam bulan Januari tahun hadapan, pampasan menjadi RM152 juta."

Ada beberapa soalan yang ingin saya kemukakan supaya rakyat Malaysia sekalian boleh sama-sama berfikir dan berbincang tentang penjelasan yang saya memang tidak faham-faham ini.

Perlu diingatakan bahawa, pada bulan Februari 2006 (tahun yang sama), kerajaan BN telah menaikkan tariff airnya sebanyak 15%.

Link: http://www.jeffooi.com/2006/02/post_5.php

Link: http://www.nccc.org.my/

Link: http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=255

Alasan yang diberi pada masa itu:

"Menteri berkenaan juga mengatakan kenaikan tarif pada ketika ini adalah wajar kerana Syabas berjaya mengurangkan ‘Non Revenue Water’ (NRW) daripada 42% dalam tahun 2004 kepada 37% dalam tahun 2006. Keuntungan Syabas juga menunjukkan kenaikan dari RM900 juta ke RM1.1 bilion."

Soalan (1): Pada bulan Februari, "Ia amat pelik bagi Syabas menaikkan tarif air sedangkan keuntungannya sudah bertambah dan NRW sudah dikurangkan dengan begitu ketara. Apakah kadar keuntungan bagi Syabas jika ia tidak menaikkan tarif air?"

Ok, yang penting sekali, kita lihat di sini yang tiada unsur "Pampasan kepada Syabas" yang dibangkitkan.

Namun, pada bulan November, tahun yang sama barulah isu "Pampasan" dibangkitkan untuk menaikkan harga sekali lagi sebanyak 8%.

Yang menjadi persoalannya:

(2) Mengapakah isu pampasan tidak diambil kira/dibangkitkan oleh kerajaan BN semasa kenaikan harga pada bulan Februari tahun ini?

(3) Mengapakah dengan kenaikan harga bulan November, kerajaan perlu lagi membayar pampasan RM125 juta? Perlu kita ingat di sini, sebahagian duit yang kerajaan guna untuk bayar adalah duit hasil kutipan cukai pendapatan rakyat. Duit hasil kerja susah-payah.

(4) Mengapakah kerajaan tidak mengambil kira pampasan dalam Perancangan (bulan Februari), di mana salah silapnya?

Bahagian (4) yang membuat saya bingung tak sudah-sudah.

(5) Bolehkah kita kata ini adalah kesalahan Perancangan Kerajaan? Kita tahu, yang sudah pasti kena tanggung ialah rakyat sendiri. Yang bertanggungjawab pula siapa? Menteri, Kementerian atau syarikat air?

(6) Dengan semata-mata terus-menerus memberi alasan yang sebegitu tidak cukup. Akaun-akaun yang JELAS, TERPERINCI dan boleh dikaitkan antara satu sama lain DENGAN LOGIK patut diberikan untuk tatapan umum. Adakah kerajaan mengamalkan dasar "Transparency" dan "Accountability"? Untuk soalan ini, tidak payahlah jawab secara terbuka. Jawab dalam hati. Tepuklah dada tanya selera. Hati tahu, perut faham.

(7) Kalaulah ini adalah kesalahan perancangan, adakah kerajaan BN boleh menjanjikan yang rakyat tidak payah menanggung pampasan hasil kesalahan tersebut pada masa akan datang?

Rakyat sekalian.. Fikirlah sejenak.. Kita cintakan Malaysia.. Janganlah kita bingung, janganlah kita bodoh.. Kita perlu mencari jawapan. Kita perlu mencari penyelesaian yang hakiki.

Sekian...

Monday, October 30, 2006

CERITA "HARAP PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"

Komen berdasarkan artikel Malaysia Today:
29/10: Isu Istana Zakaria : Tuanku murka, rakyat marah, Khir Toyo celaru

Link: http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=366

"Baginda menerima aduan dari orang ramai bahawa Zakaria selaku pemimpin adalah seorang yang bongkak, angkuh dan sering menganiaya dan menyakitkan hati dan perasaan orang-ramai."

Prinsip Rukunegara: KESOPANAN DAN KESUSILAAN
PARTI MANAKAH yang kebanyakan pemimpinnya berkelakuan sebegini, BONGKAK , ANGKUH , ANIAYA dan TIDAK SENSITIF?

===============================

"Kata pemimpin Umno nombor dua di Pelabuhan Kelang itu, bukan beliau sahaja malah ramai lagi ahli majlis di MPK yang membina rumah mewah tanpa kelulusan MPK! "

Prinsip Rukunegara: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
PARTI MANAKAH di mana ahlinya boleh MELANGGAR UNDANG-UNDANG TANPA DIDAKWA? Adakah orang yang TAHU UNDANG-UNDANG tetapi melanggarnya hanya disuruh untuk letak jawatan dan kemudian bebas dari segala tindakan mahkamah? Apa itu bersih, cekap dan amanah?

===============================

"serta perlantikan beliau anak-beranak sebagai ahli majlis MPK (Majlis Perbandaran Kelang)"

Adakah apa-apa SISTEM "TRANSPARENCY" yang boleh membuktikan anaknya dilantik dari perspektif meritokrasi, bermaksud BERDASARKAN KEMAMPUAN? Kalau bukan atas dasar tersebut, apakah dasar yang diamalkan?

PARTI MANAKAH yang mengamalkan dasar NEPOTISME?

===============================

"Tidakkah itu 'DURHAKA' dalam bahasa istana? Takkanlah MB yang duduk bernaung di bawah istana tak tahu? "

PARTI MANAKAH yang derhaka? Apakah itu SIKAP BERTANGGUNGJAWAB, "ACCOUNTABILITY"?

===============================

"Sebelum ini akhbar melaporkan Sultan Salangor dilaporkan murka kerana Zakaria, enggan mengadap ke istana bagi menjelaskan isu berkenaan terus kepada Tuanku."

Prinsip Rukunegara: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
PARTI MANAKAH yang lebih berkuasa dari Sultan? Semua pegawai yang bertugas mesti menghormati dan mengikut arahan Tuanku sebagai taat setia menurut Perlembagaan Malaysia.

Prinsip Rukunegara: KELUHURAN PERLEMBAGAAN
PARTI MANAKAH yang tidak luhur perlembagaan? Adakah "Keluhuran Perlembagaan" salah satu ayat dalam prinsip Rukunegara Malaysia? Dalam konteks PERLEMBAGAAN MALAYSIA, ada dijelaskan, Sultan adalah Ketua Negeri masing-masing.

===============================

Prinsip Rukunegara: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kalaulah kita melakukan segala-galanya yang bertentangan dengan agama kita, adakah kita masih percaya kepada Tuhan.

Kepada semua rakyat Malaysia, adakah kita mahu anak kita mengikut teladan yang tidak baik? Fikirkanlah sejenak. Tuan-tuan dan puan-puan, PRINSIP RUKUNEGARA ADA 5 BARIS, pergilah tengok dan KIRA berapa prinsip yang dipatuhi dan berapa yang tidak dipatuhi. Cakap serupa ke tak serupa bikin, sendiri renung je lah...

PARTI MANAKAH yang tidak patuh kepada PRINSIP RUKUNEGARA? Apakah itu Kepimpinan Melalui Teladan?

Diharapkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional akan bertindak ke atas Parti yang tidak ikut undang-undang ini... hahahaha......