Monday, May 07, 2007

Idea Penyelesaian: Haramkan Saja Internet?

Menteri Penerangan Malaysia Datuk Zainuddin Maidin ingin mengklasikasikan penulis blog

PETIKAN ARTIKEL:
Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata Malaysia perlu mengklasifikasikan antara penulis blog profesional dan bukan profesional sebagai satu mekanisme untuk mengawal laman blog daripada disalahgunakan.

KOMEN:
Baru-baru ini, Abang Zam Zam Alakazam suka bergurau dengan orang-orang Malaysia. Inilah jenaka terbaru yang Abang Zam ingin ketengahkan.

Pernah seketika pada "Hari Wanita Sedunia", ada akhbar melaporkan Menteri yang berlawak mengatakan bahawa penulis blog adalah penipu dan penganggur. Ditambahnya pula, 80% (8000 dari 10000 orang) dikalangannya terdiri daripada perempuan yang menganggur.

Link: http://www.malaysiakini.tv/mkini/?vid=72

Bila Menteri ini dihentam teruk dalam akhbar, rakyat dan masyarakat antarabangsa, dia berkata yang dia disalah tafsirkan (perkataan kegemaran menteri BN). Ditarik pula emak dia masuk cerita. Dia kata dia tidak mungkin dia menyinggung perasaan wanita (melalu kata-kata yang disalah tafsirkan) kerana emak dia seorang wanita.

Bukankah ini sesuatu yang melucukan?

Saya masih tidak pasti sama ada emak dia adalah dalam kategori orang yang bekerja atau sebaliknya. Saya ada kepastian yang lelaki sejati (bukan pondan) sentiasa akan mengaku dan meminta maaf kalau membuat kesilapan.

Balik kepada cerita asal. Rasanya yang akan diklasifikasikan sebagai penulis blog yang kononnya "profesional" ialah The Star, Utusan, NST, akhbar-akhbar dan orang-orang yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Malang tidak berbau, inilah hakikatnya. Namun adakah ini bermaksud rakyat akan percaya kepada penulis blog yang kononnya "profesional" ini? Adakah akhbar-akhbar dan orang-orang yang dikawal oleh BN akan bercakap benar dan tidak menipu rakyat?

Adakah BN akan berlaku adil dan mengklasifikasikan penulis blog yang menulis sesuatu yang tidak berpihak kepada diri mereka sendiri?

Jawapannya mudah.

Tuhan sudah tentu tahu. Rakyat Malaysia pun faham apa yang berlaku. Tepuklah dada tanya selera. Jawapan termaktub dalam sanubari anda.

Abang Zam, untuk pengetahuan anda, sekarang ialah zaman digital, juga dikenali zaman IT, teknologi maklumat. Dari segi teknikal dan sosial, maklumat dan internet tidak dapat dikawal.

Kalau Abang Zam ingin juga berbuat demikian, rasanya hanya ada satu cara. Haramkan saja internet dan IT.

Masa tu takkan ada sesuatu yang kononnya "khabar angin". Sungguh ganjil kerana banyak berita yang kononnya "khabar angin" berubah menjadi kenyataan.

Rasanya Pak Lah selaku Imam Besar Hadhari tidak akan membantah. Lagipun si dia tu nak jadikan Malaysia negara Pertanian (Agriculture). Zaman pertanian tu era sebelum 70-an, sebelum kedatangan zaman perindustrian dan zaman IT.

Tak perlu internet kan? Kan pertanian itu zaman gostan 20, 30 tahun yang lalu? Zaman pertanian tak ada internet bukan?

Haih.. Abang Zam, jenaka kau ni tak lucu lah. Berkali-kali kau pusing-pusing cakap masih tak ada penyelesaian.

Kalau tak boleh buat kerja, diam aje, tidur. Orang Malaysia dah boleh terima orang tidur dalam kerajaan. Tak suka tapi dah biasa. Kalau tak mahu tidur, letak saje jawatan sebab tak boleh buat kerja.

No comments: